Berita
DAP umum hadiah jika Pakatan kuasai Putrajaya
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – DAP mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Pada sidang medianya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke... »
UMNO salah guna DEB Tunku Abdul Aziz
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Perlembagaan Persekutuan tidak pernah memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit, menurut Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim. “Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah guna di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus... »
UMNO dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar UMNO mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong. Jelasnya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya adalah arahan... »
Ketua Menteri bangga pencapaian MPSP
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bangga dengan pencapaian Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana berjaya meningkatkan pendapatan RM2.24 juta berbanding perbelanjaan defisit tahun 2009 sebanyak RM15 juta. Ketika berucap di majlis pelancaran “Blue Print’ Tranformasi sempena Hari Majlis Ke-36 di perkarangan Bangunan MPSP Bandar Perda, beliau turut... »
Rakyat Pulau Pinang dapat dividen anti-rasuah ke-2
KUALA LUMPUR Ogos – Berkat usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, rakyat Pulau Pinang terus meraih dividen anti-rasuah kedua yang merupakan bayaran RM1,000 kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka sebagai ehsan perbelanjaan pengebumian. Sebelum ini, warga emas di pulau mutiara mendapat dividen anti-rasuah pertama... »
Melayu menjadi lebih mulia, baik tanpa UMNO
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – “Orang Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa UMNO, dan Malaysia akan lebih maju tanpa UMNO,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai susulan atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 baru-baru ini. Menurut beliau, pihaknya... »
Pengetua ‘rasis’ : DAP tuntut tindakan keras
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor... »
NOTA AKHIR: Itu bukan tulisan, tandatangan Teoh
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Keluarga mendiang Teoh Beng Hock tidak puas hati, marah dan kecewa berhubung tindakan Peguam Negara mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya. Dalam kenyataan, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi... »
Selangor dapat RM134 juta pelaburan asing
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM134 juta dalam pembangunan melibatkan 574.43 hektar projek Hab Halal Hub di Pulau Indah, Klang. Menurut Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor untuk Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Teresa Kok, pelaburan itu datang daripada 11 firma asing. Katanya, Selangor melihat... »
Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan
KUALA LUMPUR Ogos 2010 – Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa pada suatu majlis Pakatan Rakyat. “Kalau Pakatan Rakyat dapat... »

